MAMIKA GIFT FLORIST & BALLOON

Seperti yang kami telah ceritakan di website kami bisnes kami hanya start dari angka kecil iaitu RM100 kami mula menjual barangan yang kecil seperti subang dan cincin. Tapi malangnya stock kami tak terjual kerana permintaan pada barang tersebut tidak hebat dan banyak. Kami terpaksa menghabiskan stock dengan hanya menjual balik barang dengan memberi secara percuma atau jual dengan harga kos.
Pada mulanya, kami rasa ingin menyerah tetapi Alhamdulillah Allah masih beri kekuatan kepada kami. Kami mengambil iktibar dari bisnes Saidina Abdul Rahman bin Auf dimana dia bermula dari modal 4dinar dan menjadi jutawan selepas 10 tahun dan menjadi billionaire selepas 30 tahun. Jadi sebagai iktibar bisnes perlu bersabar dan percaya kepada Allah bahawa hanya Dia tuhan yang memberi rezeki.
Kami menjadi partner bisnes semasa kami masih bercinta dan dengan itu kami mengambil keputusan untuk berkahwin bagi memudahkan pengurusan bisnes kami bersama. Dari situ bisnes kami mula berkembang. Belajar hidup susah adalah makanan kami dari kecil, dengan itu kami mampu survive walaupun terpaksa makan maggie. Tapi Alhamdulillah Allah tak pernah lagi uji kami begitu. Sambung next cerita di part 2...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANAK PEREMPUAN DARI BROKEN FAMILY